Penjagaan kehamilan, scan baby dan bersalin

Dari scan pertama hingga bersalin, dan selepasnya

Dr Leng Meng Chik ialah pakar perbidanan (obstetrik) dan sakit puan (O&G) di KPJ Seremban Specialist Hospital. Beliau menjaga ibu mengandung dari scan pertama hingga bersalin dan pemeriksaan selepas bersalin. Beliau menjaga kehamilan biasa dan kehamilan yang perlu dipantau lebih rapi. Anda akan berjumpa doktor yang sama, mendapat penerangan yang mudah difahami dan perancangan yang jelas untuk setiap peringkat.

Juga dikenali sebagai: Check up kehamilan, scan baby, detail scan, bersalinEnglish: Pregnancy care · 中文: 孕期护理
Ilustrasi berlabel bayi di dalam rahim pada peringkat akhir kehamilan
Bayi, uri dan rahim pada peringkat akhir kehamilan.

Fakta utama

  • Kehamilan cukup bulan ialah kira-kira 40 minggu.
  • Pemeriksaan menjadi lebih kerap menjelang hujung kehamilan.
  • Detail scan bayi biasanya dibuat pada minggu ke-18 hingga 22.
  • Anda boleh bertanya tentang pilihan bersalin sejak awal.
Tangan Dr Leng menunjuk pada model rahim

Perlu anda tahu

Catat soalan anda sebelum setiap lawatan. Senarai ringkas membantu anda mengingati perkara yang penting, dan Dr Leng akan menjawab setiap satunya.

Segera jumpa doktor jika anda mengalami

  • Pendarahan dari faraj
  • Air ketuban pecah atau meleleh keluar
  • Bayi kurang bergerak daripada biasa
  • Sakit kepala teruk, penglihatan kabur atau bengkak secara tiba-tiba
  • Sakit perut yang kuat atau demam
  • Kontraksi yang kerap sebelum 37 minggu

Jangan tunggu temu janji seterusnya. Pergi ke dewan bersalin hospital atau jabatan kecemasan yang terdekat.

Bilakah saya patut berjumpa Dr Leng buat kali pertama?

Sebaik sahaja ujian kehamilan anda positif. Lawatan awal ini untuk mengesahkan usia kandungan, memastikan kandungan berada di dalam rahim dan membuat ujian darah yang pertama. Bawa buku pink (Buku Rekod Kesihatan Ibu) jika ada.

Apa yang berlaku minggu demi minggu?

Ini panduan umum. Dr Leng akan merancang jadual anda sendiri bersama anda.

  • Minggu 6 hingga 12: lawatan pertama dan scan untuk mengesahkan usia kandungan
  • Minggu 11 hingga 14: scan awal
  • Minggu 18 hingga 22: detail scan (scan terperinci) bayi
  • Minggu 24 hingga 28: ujian gula, jika perlu
  • Minggu 28 hingga 36: pemeriksaan setiap 2 hingga 4 minggu
  • Minggu 36 hingga 40: pemeriksaan setiap minggu
  • Kira-kira 6 minggu selepas bersalin: pemeriksaan kesihatan ibu

Apakah prosedur yang dijalankan semasa setiap pemeriksaan?

Kebanyakan pemeriksaan adalah singkat dan mengikut susunan yang sama:

  • Tekanan darah dan berat badan
  • Ujian air kencing
  • Pemeriksaan tumbesaran dan degupan jantung bayi
  • Scan bila perlu
  • Masa untuk soalan anda

Apakah kehamilan berisiko tinggi?

Sesetengah kehamilan perlu dijaga lebih rapi. Dr Leng akan berjumpa anda lebih kerap dan merancang kelahiran dengan teliti jika anda ada:

  • Darah tinggi atau pre-eklampsia
  • Kencing manis, sebelum atau semasa mengandung
  • Kandungan kembar
  • Pernah bersalin secara pembedahan (caesarean) atau mengalami kelahiran yang sukar
  • Pernah keguguran atau bersalin awal
  • Masalah kesihatan lain, seperti penyakit tiroid

Apakah pilihan bersalin saya?

Kebanyakan bayi dilahirkan secara normal. Ada yang perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean, sama ada yang dirancang atau semasa proses bersalin. Dr Leng akan menerangkan pilihan anda dan cara melegakan sakit jauh sebelum tarikh bersalin, supaya tiada yang mengejutkan pada hari itu.

Harga pakej bersalin

Soalan lain tentang kehamilan anda

Bolehkah saya bersalin normal selepas caesarean?

Selalunya boleh. Ramai wanita boleh cuba bersalin normal selepas satu kali caesarean. Ia bergantung kepada sebab pembedahan caesarean dahulu dan perkembangan kehamilan kali ini. Dr Leng akan menerangkan kebaikan dan risikonya kepada anda.

Di mana saya akan bersalin?

Dr Leng menyambut kelahiran di KPJ Seremban Specialist Hospital. Semasa pemeriksaan, anda boleh bertanya tentang lawatan ke dewan bersalin dan barang yang perlu dibawa ke hospital.

Berapakah kos bersalin di KPJ Seremban?

Kos bergantung kepada bersalin normal atau caesarean, jenis bilik dan sebarang penjagaan tambahan. KPJ Seremban menawarkan pakej bersalin. Anda boleh lihat harga pakej terkini di laman web KPJ, dan semak apa yang dilindungi oleh insurans anda.

Harga pakej bersalin

Bolehkah saya buat detail scan dengan Dr Leng?

Boleh. Detail scan bayi biasanya dibuat pada minggu ke-18 hingga 22 sebagai sebahagian daripada penjagaan kehamilan anda. Dr Leng akan menerangkan apa yang dilihat di skrin semasa scan dijalankan.

Bolehkah suami saya menemani semasa bersalin?

Kebanyakan wanita boleh ditemani suami atau ahli keluarga. Sila semak peraturan hospital semasa pemeriksaan.

Dr Leng Meng Chik

Dr Leng Meng ChikPakar Perbidanan (Obstetrik) & Sakit Puan, MD (UNIMAS), MRCOG (UK). MMC 54266. KPJ Seremban Specialist Hospital. Tentang Dr Leng (Bahasa Inggeris)

Sumber (Bahasa Inggeris)

  1. NICE guideline NG201: Antenatal care
  2. NHS: Your antenatal appointments

Bincang tentang kehamilan anda dengan Dr Leng.

Bawa soalan anda. Dr Leng akan menerangkan apa yang berlaku dan membantu anda memilih langkah seterusnya.

KPJ Seremban Specialist Hospital, Seremban
WhatsApp kami